Monday, January 10, 2011

Air Terjun Lata Kijang

Lata Kijang (sering kali dikenali Kijang Jatoh) adalah salah satu air terjun dengan aliran terjun tertinggi di Malaysia. Air terjun ini terletak di kawasan Hutan Simpan Kenaboi di Jelebu.
Anda boleh menggunakan kenderaan pacuan empat-roda untuk ke air terjun ini, melalui kawasan lasak dari jalan raya utama Jelebu. Jarak ke air terjun ini kira-kira 20 km melalui kawasan penempatan Felda dan perkampungan kecil.
Bagi yang gemarkan penggembaraan lasak, pasti teruja untuk ke kawasan ini yang turut kaya dengan pelbagai flora dan spesies fauna. Terdapat juga rama-rama Raja Brooke (Raja Brooke Birdwing) di sini.
Mereka yang gemar mendaki kawasan pergunungan boleh ke kawasan hutan simpan ini yang mempunyai gunung tertinggi di Negeri Sembilan, Gunung Antu Besar (ketinggian 1462 m).
Datanglah ke sini untuk menikmati suasana kawasan tinggi, air yang sejuk dan udara yang nyaman. Pengalaman malam hari di sini juga suatu yang menakjubkan, dengan beribu-ribu bintang di langit.
Pengalaman menarik di Air Terjun Lata Kijang adalah suatu yang tak dapat ditukar ganti dengan wang!


                                                              papan tanda menunjukkan ke lata tersebut


                                                                  air mengalir begitu menarik


                                                                                jarak dari jauh


                                                                               suasana di sana





                                                               air tejun yang tinggi

air terjun telaga tujuh

Telaga Tujuh atau The Seven Wells adalah satu rangkaian tujuh telaga semulajadi yang airnya mengalir dari tujuh mata air. Dipercayai terdapat tujuh orang puteri dari kayangan yang sering mandi dan amat suka akan kesejukan air perigi ini. Terdapat seorang putera raja yang tinggal berhampiran perigi ini dan cuba untuk memikat serta mengahwini salah seorang puteri-puteri ini tetapi masih belum berjaya. Air ini juga dipercayai mempunyai kuasa yang boleh menyembuhkan beberapa penyakit.

Untuk sampai di Telaga Pertama pengunjung perlu mendaki 600 anak tangga. Terdapat satu denai hutan melalui tepian sungai ke Puncak Gunung Machinchang. Di sini juga pengunjung boleh mendaki gunung, melihat hidupan liar dan arboretum. Beberapa kemudahan seperti wakaf, menara pandang, gerai makanan dan gerai cenderahati yang terdapat di kawasan hutan lipur ini.


Lokasi: Gunung Mat Cincang, 45 km dari Kuah, Langkawi



                                                                   air yang bersih
                                                                
                                                        air yang tenang dan sejuk


                                                               tempat yang menarik
                                              

                                                    jarak jika berada di sana








                                                    inilah yang dikatakn telaga tujuh


Sunday, January 9, 2011

destinasi yang menarik untuk kita melancong


Air Terjun Kota TinggiAir terjun yang indah ini terletak di kaki Gunung Muntahak.
Kawasan air terjun yang nyaman menyediakan tempat yang sesuai untuk pelawat bermandi-manda, serta lokasi yang menarik untuk berkelah.
Keindahan semula jadi di sini sungguh menyegarkan, lantas menjadikannya sebuah destinasi yang menarik untuk bersantai bagi penduduk bandar yang berkunjung ke sini.
Tips
Pastikan anda membuang sampah dengan bertanggungjawab agar kawasan air terjun ini kekal murni.
Top
Pengangkutan
Bas
Terdapat perkhidmatan bas dari Terminal Bas Larkin yang terletak di Jalan Garuda, ke terminal bas Kota Tinggi di Jalan Niaga Utama. Anda boleh hubungi GP Express di Tel: 607-2248662.

Kereta
Dari lebuhraya Utara Selatan, ambil susur keluar ke Kulai (Interchange 252) ke jalan menuju Kota Tinggi (lebuhraya 94 dan 3). Air terjun Kota Tinggi terletak 15 km dari bandar Kota Tinggi. Dari sini, ikut Jalan Lombong dan cari papan tanda menuju ke air terjun. 
alam hijau......




alam semulajadi adalah alam ciptaan yang teragung di anugerah kan untuk kita sebagai ciptaanNya...ia begitu indah mata di mata berkaca di hati... kita sebagai penduduk bumi haruslah menjaga nya supaya ia boleh di guna oleh generasi yang akan datang,

PElaNGI diBAWaH HUjaN