Sunday, January 9, 2011

destinasi yang menarik untuk kita melancong


Air Terjun Kota TinggiAir terjun yang indah ini terletak di kaki Gunung Muntahak.
Kawasan air terjun yang nyaman menyediakan tempat yang sesuai untuk pelawat bermandi-manda, serta lokasi yang menarik untuk berkelah.
Keindahan semula jadi di sini sungguh menyegarkan, lantas menjadikannya sebuah destinasi yang menarik untuk bersantai bagi penduduk bandar yang berkunjung ke sini.
Tips
Pastikan anda membuang sampah dengan bertanggungjawab agar kawasan air terjun ini kekal murni.
Top
Pengangkutan
Bas
Terdapat perkhidmatan bas dari Terminal Bas Larkin yang terletak di Jalan Garuda, ke terminal bas Kota Tinggi di Jalan Niaga Utama. Anda boleh hubungi GP Express di Tel: 607-2248662.

Kereta
Dari lebuhraya Utara Selatan, ambil susur keluar ke Kulai (Interchange 252) ke jalan menuju Kota Tinggi (lebuhraya 94 dan 3). Air terjun Kota Tinggi terletak 15 km dari bandar Kota Tinggi. Dari sini, ikut Jalan Lombong dan cari papan tanda menuju ke air terjun. 

No comments:

Post a Comment